Kronologi Pertukaran Label Minyak Herba Asma Mujarab
Para pengguna yang dikasihi sekalian. Disebabkan pelbagai kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tentang produk kami ini, kami ingin menerangkan tentang kronologi pertukaran Label Botol produk ini.
Minyak Herba Asma Mujarab (LABEL NOMBOR 1)
➡gambar kanak-kanak perempuan baju pink pakai inhaler
➡ada LOGO Halal , Muslim products (hijau) dan Buatan Malaysia logo
➡ejaan TERgeliat
2) Minyak Herba Asma (LABEL NOMBOR 2)
➡gambar kanak² perempuan baju pink pakai inhaler
➡ logo syarikat sahaja (MHAM)
➡ tiada 3 logo seperti sebelumnya buat sementara waktu sehingga benar² dapat kelulusan (LOGO HALAL TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI SESUKAHATI)
➡ tiada perkataan 'Mujarab'
➡ ejaan TERgeliat
3) Minyak Herba Asma™ (LABEL NOMBOR 3)
➡gambar kanak² perempuan baju pink pakai inhaler
➡ logo syarikat sahaja (MHAM)
➡ ada nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat disisi
4) Minyak Herba Asmak (LABEL NOMBOR 4) LABEL TERBARU
➡ tagline : LEBIH BERKESAN , SELAMAT & SUCI
➡ dengan TEKNOLOGI NANO
➡ ada nama syarikat di bahagian hadapan stiker
➡ ada senarai intipati kandungan disisi botol
➡ ada senarai kegunaan disisi botol
Kenapa "ASMAK"?
Kami menukar perkataan dari "asma" kepada "Asmak" adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan perkataan penyakit seperti Asma, Kencing Manis, Darah Tinggi pada produk kesihatan.
Selain Itu kami juga memilih "ASMAK" kerana ia membawa maksud "kemuliaan" di dalam bahasa Arab. Selain itu, dalam sejarah Islam, wanita yang bernama Asmak adalah antara wanita pertama yang memeluk agama Islam.
Ingin kami tegaskan disini, produk kami adalah produk Pre-approval KKM, kerana itu kami begitu serius & komited mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM sama ada dari bahan, proses sehinggalah ke nama produk demi keselamatan pengguna yang disayangi.
Kami telah menggunakan label baru ini bermula 25 Ogos 2016 dan akan bertukar sepenuhnya pada 1 oktober 2016.
Usah was-was jika anda dapatkan salah satu diantara design stiker ini.
Yang paling penting, dapatkan dari pengedar SAH Yang punyai id seperti ini :
MH (NUMBER) > membawa maksud AGEN
SA (NUMBER) > membawa maksud SUPERAGEN
SD (NUMBER) > membawa maksud STOKIS DAERAH
SN (NUMBER) > membawa maksud SUPERSTOKIS NEGERI
Ini adalah senarai contoh kod ejen edaran MINYAK HERBA ASMA MUJARAB SDN BHD. Dua huruf diikuti 5 digit nombor.
CONTOH: MH00701
LOGO SYARIKAT MHAMSB
Pastikan anda beli minyak herba dari keluaran
SYARIKAT MINYAK HERBA ASMA MUJARAB SDN. BHD.
No Pendaftaran Syarikat 1189521-H
Kami tidak sesekali mendabik dada dengan pencapaian kami, tetapi kami berbangga kerana dapat membantu pelanggan yang dikasihi dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Dengan lebih 1000++ pengedar sah syarikat di seluruh negara dan beribu-ribu testimonial. Semuanya adalah dengan Izin Allah S.W.T.