Batu Tonsil
Soalan
Terima kasih kerana membaca email saya,di
sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak
saya yang berumur 2 tahun 6 bulan.
Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap
demam, batuk dan selsema sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia
telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada
usia 2 tahun 3 bulan. Apa yang merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan
memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh
dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan
sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil anak saya
bengkak walaupun tidak demam. Dari segi makan dan minum, tiada masalah. Cuma
ketika tidur saja berdengkur. Pada pandangan doctor, perlukah pembedahan buang
tonsil dilakukan terhadap anak saya? Mohon pencerahan.
Jawapan
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Anak puan mengalami masalah tonsil yang
kronik. Dalam kes sebegini, walaupun tiada jangkitan kuman (dan demam), tonsil
anak puan sentiasa bengkak, cuma bezanya ia tidak merah dan sakit.
Bengkakan tonsil ini telah menyempitkan
pernafasan anak puan sehingga menyebabkan anak puan berdengkur ketika tidur.
Ubat antibiotic yang diberikan oleh
doctor tidak memudaratkan, sekiranya ia diberikan dengan dos yang betul dalam
jangkamasa yang disarankan. Jika tidak anak puan akan mengalami masalah
ketahanan antibiotic, di mana, ubat antibiotic yang sama tidak lagi berkesan
untuk anak puan.
Penggunaan ubat antibiotic yang kerap
juga mengganggu kehidupan mikrob yang baik dan diperlukan dalam tubuh,
terutamanya dalam usus besar. Mikrob ini membantu pencernaan, secara tidak
langsung membantu anak puan membesar dan menjadi sihat.
Puan harus mencari sebab mengapa anak
puan kerap mendapat masalah bengkakan tonsil. Mungkin kebersihan di rumah,
TASKA atau di sekeliling rumah yang menyebabkan beliau mudah mengalami
jangkitan kuman.
Jadi jika puan berjaya mengenalpasti
puancanya, ia akan menjarakkan kekerapan jangkitan kuman pada tonsil anak puan.
Dengan ini, kurang antibiotic yang diberikan.
Kebanyakan buku teks telah memberikan
pelbagai indikasi bagi tonsillectomy, ialah pembedahan membuang tonsil.
American Academy of Otolaryngology–Head
and Neck Surgery (AAO-HNS) juga
telah menggariskan indikasi yang mudah difahami sebagai berikut.
Pembedahan yang wajib dilakukan:
1. Pembesaran tonsil hingga menjadi
halangan dalam saluran pernafasan dan saluran pemakanan sehingga menjadi sukar
bernafas, sukar menelan, mengganggu tidur akibat dengkuran dan menyebabkan
masalah komplikasi kardipulmonari.
2. Peritonsillar abscess iaitu nanah
yang berkumpul dalam tonsil dan rawatan antibiotic tidak lagi berkesan.
3. Tonsillitis menyebabkan sawan demam
(febrile convulsions)
4. Bengkakan tonsil yang disyaki akibat
kanser.
Pembedahan yang harus dipertimbangkan:
1. Tiga atau lebih setahun jangkitan
kuman pada tonsil, walaupun telah diberikan rawatan ubat yang mencukupi.
2. Mengalami bau mulut (pernafasan) yang
kuat akibat jangkitan tonsilits yang terlalu lama (chronic tonsillitis)
3. Jangkitan kuman yang berulang-ulang
pada individu pembawa kuman streptococcal dan tidak sembuh dengan rawatan ubat
antibitotik beta-lactamase.
Walau bagaimana pun nasihat doktor ENT
sama ada perlu pembedahan atau tidak, haruslah dibincangkan dengan baik oleh
ibubapa sebelum membuat keputusan.
Namun saya ingin memberitahu, sungguhpun
tonsil adalah sebahagian daripada sistem pertahanan dalam badan, namun
kesihatan kita tidak akan terjejas jika kita membuang tonsil, kerana tubuh kita
mempunyai pelbagai jenis antibodi yang cukup kuat.
Pengalaman saya sendiri, semasa belajar
di universiti sering mengalami sakit tekak akibat tonsillitis. Hampir
setiap bulan saya mengalami jangkitan kuman pada tonsil.
Sehinggakan tubuh saya resistant kepada
pelbagai jenis antibiotic. Ini bermakna banyak antibiotic yang tiadak lagi
berkesan merawat jangkitan kuman di tonsil saya.
Akhirnya saya menjalani pembedahan
tonsillectomy ketika berumur 22 tahun, Alhamdulillah dengan izin ALLAH,
sehingga sekarang saya tidak lagi mengalami sakit tekak yang kuat seperti
mana semasa saya belajar di universiti dulu.
Wallahu a’lam
SUMBER: http://drzubaidi.com/blog/anak-selalu-mengalami-pembengkakan-tonsil/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan