Sabtu, 30 Januari 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Murah Sahaja

minyak habasyi 99, minyak asma mujarab.


Minyak asma ni murah je, kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya. Mungkin tidak sepopular minyak Habasyi 99 tetapi percayalah, minyak herba asma ini dengan Izin Allah, mampu menyembuhkan penyakit asma jika digunakan secara istiqamah. Berikut adalah beberapa testimonial yang berjaya sembuh dari penyakit asma setelah menggunakan minyak asma ini. Semuanya adalah dengan izin Allah S.W.T.




#Testimoni 1




                                                            #Testimoni 2



#Testimoni 3



#testimoni 4



#testimoni 5


                                  


                                   Dapatkan minyak asma mujarab anda hari ini. 
 



Khamis, 28 Januari 2016

Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab


Ramai yang PM saya tanya cara nak guna minyak asma mujarab ni. Ok kali ni nak share sikit cara guna minyak ni.
Cara pakai minyak herba asma mujarab~
Tebuk lubang pada minyak supaya senang digunakan dan jimat dengan saiz tebukan yang sederhana.
Goncangkan sebelum guna.
Sapukan dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang.Juga boleh sapu pada tapak kaki.
Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi.Jika kurang perubahan sapukan dengan lebih kerap,insyaallah dengan hanya satu botol anda mampu merasai perubahannya.
Buat permulaan,jika asma teruk,sapu sekerap yang mungkin dengan konsisten.
InsyaAllah dengan sapu selalu,dengan izin Allah boleh jadi asbab untuk sembuh kerana ramai pengguna telah bebas dari asma selepas menggunakan minyak ini secara istiqomah.
Cuma awal-awal sahaja perlu sapu kerap(bergantung pada tahap/jenis asma yang dihidapi).Nanti dah sembuh pakai bila perlu atau malam sahaja
Selamat mencuba😊



Sms/Wassap: 012-5586734
PagePenawar Asma, Lelah & Batuk No. 1


PENGEDAR DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA!

Isnin, 25 Januari 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Di Cameron Highlands


Kajian menunjukkan orang yang tinggal di tempat sejuk lebih berisiko untuk menghidap asma. Kini orang di Cameron Highland boleh mendapatkan Minyak Herba Asma Mujarab dengan lebih mudah, kerana Agen kami, Encik Maswafi ada menjual Minyak Herba Asma ini di Cameron Highland. Kepada orang Cameron yang berminat untuk mendapatkan Minyak Herba Asma Mujarab ini, bolehlah menghubungi beliau di nombor : 0145837625 - Maswafi

AGEN MINYAK ASMA MUJARAB CAMERON HIGHLAND, PAHANG 

ENCIK MASWAFI

0145837625


Ahad, 24 Januari 2016

Minyak Hati Ikan Kod Penawar Asma




Antara suplemen yang biasa penulis cadangkan pada penghidap asma ialah minyak hati ikan kod (cod liver oil). Pada label biasanya disyorkan 1 sudu besar setiap hari. Namun penulis biasa mengesyorkan pengambilan 1 sudu besar setiap kali diambil 3 kali sehari. Selepas seminggu, ambil 1 sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, ambil sukatan separuh dari sukatan yang disyorkan di atas. Untuk bayi berumur di bawah 2 tahun ambil 1/3 camca teh sahaja.


Tiga komponen utama minyak hati ikan kod ialah minyak omega-3, vitamin A dan vitamin D. Ketiga-tiganya bertindak sebagai agen anti-keradangan yang berkuasa!



Seorang wanita berumur 60-an mengadu kepada penulis apa yang beliau telah mengalami sepanjang hidup. Pelbagai jenis rawatan dan ubat telah beliau jalani dan ambil namun tiada satu pun yang memuaskan. Setelah seminggu mengambil minyak hati ikan kod dengan dos seperti yang penulis syorkan, beliau dapati asmanya semakin reda dan tenaga semakin bertambah.



Selepas beberapa bulan, beliau memberitahu beliau jarang-jarang mengalami serangan asma. Jika mengalaminya pun, tidak seteruk seperti keadaan sebelumnya.



Mengamalkan elimination diet iaitu mengelakkan makanan yang dipercayai atau didapati menyebabkan asma amatlah penting. Ibu bapa mempunyai anak yang menghidap asma diharapkan dapat luangkan masa untuk memerhatikan jenis makanan yang diambil anak.



Makanan terproses bergula tinggi dan mengandungi pewarna tiruan adalah antara punca dipercayai menimbulkan serangan asma. Aiskrim dan air berkarbonat merupakan makanan/minuman utama mengandungi bahan tersebut.



Penulis dapati sebahagian besar kes kanak-kanak yang menghidap asma (ibu bapa mengadu kepada penulis) semakin kurang mengalami serangan asma berikutan mengamalkan elimination diet dan pengambilan minyak hati ikan kod.



Minyak hati ikan kod jenama mana yang paling mujarab? Penulis tidak pernah menjalankan kajian untuk membandingkan jenama mana paling berkesan. Namun penulis percaya ramai yang tahu kewujudan minyak hati ikan kod dengan nelayan memikul seekor ikan besar seperti tertera pada label. Jenama terkenal ini menawarkan dua jenis minyak iaitu yang berwarna putih dan berperisa oren.



Perisa oren amat sesuai untuk semua lapisan umur terutama jika mendapati minyak berwarna putih meloyakan tekak!



Usus bocor (leaky gut) dipercayai antara punca asma. Teori utama yang menerangkan mekanisme usus bocor menyatakan ia berlaku berpunca kerana terdapat bocoran antara sel-sel usus. Ia menyebabkan molekul-molekul bersaiz besar masuk ke dalam tubuh dan seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi fisiologi termasuk asma.



Terdapat pelbagai punca dipercayai menyebabkan usus bocor seperti bijirin tertentu misalnya gandum yang dikatakan mengandungi paras gluten yang tinggi. Terlalu kerap mengambil makanan terproses dan makanan/minuman bergula tinggi juga dipercayai sebagai punca.

source: sinarharian

Agen Minyak Herba Asma Mujarab Diperlukan



Di atas permintaan yang menggalakkan bagi Minyak Herba Asma Mujarab, kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Agen Minyak Asma Mujarab. 

Hubungi saya, Mohd Rafhan- 0125586734 untuk pertanyaan & pembelian. Kuota adalah terhad, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sabtu, 23 Januari 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Ke Negeri Sabah


Berita baik bah. Kini Minyak Herba Asma Mujarab akan terbang ke Negeri Sabah demi kesihatan penduduk negeri Sabah. Orang Sabah jangan susah hati, ada promosi istimewa untuk orang Sabah & Sarawak. Kalau beli 2 botol, Poslaju adalah Percuma. Jimat duit bah!

Minyak Herba Asma Mujarab, Penawar Asma Semulajadi.



Produk ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Diperbuat 100% dari bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habatussauda dan herba terpilih. Kosnya tinggi sedikit, tidak seperti minyak biasa. Hanya perlu disapu sekerap yang boleh sehingga sembuh.


Minyak herba asma mujarab telah terbukti berkesan mengatasi masalah asma,batuk,selsema,gatal kulit dan luka.

Antara testimonial dari pengguna:



DAPATKAN SEKARANG!!!


Penawar Asma Mujarab
-Harga sebotol RM39
-Poslaju ke Semenanjung RM6
-Poslaju ke Sabah & Sarawak RM10
- Pembelian 3 botol & ke atas, FREE POSLAJU


Telefon/SMS/Whatssapp saya untuk membeli: Rafhan- 0125586734

Agen di Negeri Sabah,Sarawak,Brunei & Singapura sangat diperlukan. Hubungi saya jika berminat.

Isnin, 18 Januari 2016

Minyak Herba Asma Kini di Doha, Qatar

Alhamdulillah, minyak herba asma mujarab Dah sampai ke Doha, Qatar. Rugi kalau dok Malaysia x beli minyak ni. Hubungi saya untuk pembelian Dan pertanyaan. -0125586734 (Rafhan).

Rabu, 13 Januari 2016

Ubat Semulajadi Untuk Penyakit Asma



Rawatan alternatif yang boleh digunakan :

1) Daun sirih

Rebus daun sirih bersama gula batu pekat.Biarkan suam dan minum rebusan berkenaan dengan segera Sekiranya sakit dada ketika serangan asma, layur daun sirih di atas api dan tampalkan pada dada.

2) Madu asli

Amalkan madu asli, minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil , dosnya perlu dikurangkan sedikit iaitu setengah atau satu sudu teh sahaja.

3) Hati unta

Dapatkan hati unta yang telah dikeringkan, potong nipis dan goreng tanpa minyak hingga menjadi arang. Selepas itu, tumbuk menjadi serbuk, rendam sedikit serbuk dalam segelas air mendidih, biarkan sejuk atau suam dengan sendirinya sebelu ditapis dan diminum airnya. Amalkan setiap malam hingga berasa kesannya.

4) Bunga kecubung

Jemur beberapa bunga kecubung dan kemudian gulung seperti rokok daun. Pasang api dana hisap daun kecubung ini.

5) Bawang putih

Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis. Rebus hirisan berkenaan dengan segelas air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh dan sejukkan dalam suhu bilik. Apabila sejuk tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkannya pada setiap pagi selama 10 hari berturut-turut.

6) Daun pegaga

Keringkan daun ulam berkenaan , rebus dan minum airnya ketika suam.

7) Daun ati-ati

Daun berwarna ungu seperti daun keladi, tetapi bersaiz kecil. Rasanya lembut seperti baldu. Sebelum tidur , basuh daun ati-ati sehingga lembap dan sapukan ke dada. Gosok sehingga kering pada dada, amalkan baca AL-FATIHAH atau bacaan doa lain ketika menggosok.


9) Bawang merah

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut, kisar dan tapis airnya. Minum air rebusan ini selama seminggu.

10) Bunga kenanga


Celur tiga kuntum bunga kenanga selama lima minit dalam semangkuk air panas. Minum air ini beberapa kali dalam seminggu.


source:zinniaza

Isnin, 11 Januari 2016

10 Petua Tradisional Untuk Penyakit Asma & Lelah


Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.
Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.
Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.
Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.
Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.
Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.
Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun ‘Hati-hati atau ‘Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.
Pilihan 10 : Minyak Herba Asma Mujarab. Dengan beratus-ratus testimonial dari pesakit lelah dan asma dari seluruh negara. Penggunaan secara istiqimah, Insyaallah dapat melegakan penyakit asma dan lelah. Hubungi saya, Mohd Rafhan-0125586734 untuk pertanyaan & pembelian.

Source: mahligaicinta

Khamis, 7 Januari 2016

Doa Penyakit Asma

Saya ingin kongsikan doa yang boleh diamalkan bagi mengubati penyakit asma. Disini kita amalkan doa penyakit asma dari Dato Harun Din. Mudah2an dengan bantuan doa ini dapat membantu dengan diiringi petua2 yang telah diberikan.. InsyaAllah

Mari kita amalkan doa asma ini sama2.. Yang tiada penyakit pun boleh amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.
  • Baca Surah Al Fatihah
  • Baca selawat Syifa - setiap hari amalkan selawat ini sangat2 baik utk kesihatan
  • Membaca doa dibawah ini sebanyak 7 kali

Selain itu bolehlah berikhtiar dengan menggunakan minyak herba asma mujarab yang saya jual ni. Boleh hubungi saya, untuk membuat tempahan  rafhan-0125586734.

Isnin, 4 Januari 2016

Apa itu Nebulizer?


Nebulizer merupakan mesin yang digunakan untuk menyampaikan ubat asma ke paru-paru. Cecair ataupun liquid yang terdapat di canister akan bertukar seperti wap melalui tindak balas kimia akan dirembeskan menggunakan nebulizer bagi memudahkan penyampaian ubat dengan berkesan terus kepada paru-paru anda. Ia kelihatan sama seperti ubat orang tua yang menggunakan ubat asma ataupun orang ramai selalu memanggil ubat sedut. Memandangkan sifat bayi yang tidak pandai untuk menyedut ubat, peralatan perubatan iaitu Nebulizer diguna pakai untuk membantu kanak-kanak menyedut ubat asma.
Dan jika anda mempunyai anak kecil, anda akan tahu bagaimana mencabar untuk memujuk anak anda yang kecil, tidak tahu mengenai apa itu nebulizer untuk menggunakannya. Kebanyakan nebulizers datang lengkap dengan topeng muka. Kanak-kanak akan rasa fobia ataupun takut sekiranya mereka ditutup dengan topeng muka ini sekiranya ini pengalaman pertama mereka.
Source: ikahwin

Sabtu, 2 Januari 2016

Tips Penjagaan Kanak-kanak Penghidap Asma


Adakah anak anda menghidapi lelah atau asma ?
Jika jawapan anda adalah ‘ya’, artikel ringkas  ini  mungkin dapat membantu usaha anda dalam mengurangkan serangan lelah  (acute asthmatic attacks)  anak anak anda serta meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Pemantauan berterusan
Adakah anak anda sering diberikan ubat untuk melegakan batuk dan pernafasan laju, samada dalam bentuk ‘nebulizer’ atau sirap? Kemungkinan besar doktor juga telah memulakan ubat ‘pencegahan’. Adalah penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan berterusan daripada doktor. Bukan hanya dibawa berjumpa doktor apabila sedang ‘semput’. Ini kerana simptom simptom asma perlu dipantau untuk memastikan ia dikawal dengan baik dan sekiranya tidak, rawatan seterusnya dapat diberikan. Walaupun lazimnya asma dalam kanak – kanak akan semakin ‘pulih’ dengan peningkatan usia, dikhuatiri asma yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada paru paru serta meningkatkan risiko untuk mendapat serangan asma yang serius. Serangan asma yang serius boleh membahayakan nyawa.
Penggunaan ubat yang betul dengan cara yang betul
Rawatan bagi asma lazimnya terbahagi kepada ubat ‘pelega’ yang digunakan apabila perlu dan ubat ‘pencegah’ yang perlu digunakan setiap hari. Ada sesetengah kanak-kanak yang hanya memerlukan ubat ‘pelega’ tetapi ada juga yang memerlukan ubat ‘pencegah’. Ini bergantung kepada evaluasi klinikal yang dibuat oleh doktor yang merawat. Apa yang penting adalah untuk memastikan ubat diberikan seperti yang disyorkan dan juga dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kanak – kanak berusia 8 tahun ke bawah selalunya memerlukan ‘corong’ untuk menggunakan ubat asma yang berbentuk ‘metered dose inhaler’ atau MDI bagi memastikan mereka menerima ubat secara optimum.
‘Corong’ tersebut  perlu dijaga dengan baik serta mengikut tatacara yang dinasihatkan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Tanpa teknik penggunaan ubat yang betul, rawatan asma tidak akan berjaya walaupun diberikan pada kekerapan yang yang dinasihatkan. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak memberhentikan sendiri  ubat apabila anak kelihatan ‘sihat’ sehingga dinasihatkan oleh doktor. Berbincanglah secara terbuka dengan doktor yang merawat sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang rawatan yang diberikan.
Penjagaan keaadan sekeliling
Sesetengah penghidap asma  sangat sensitif dengan keadaan sekeliling mereka. Antara perkara- perkara yang boleh menyebabkan serangan asma termasuk asap rokok, habuk, cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain. Mengambil langkah langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan mereka kepada faktor faktor tersebut adalah penting untuk mengelakkan serangan asma.
Meningkatkan aktiviti fizikal
Ramai di antara kita yang menyangka mereka yang menghidap asma tidak boleh aktif seperti kanak- kanak lain. Akibatnya, aktiviti fizikal anak – anak ini dihadkan seperti tidak membenarkan mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani di sekolah. Ini adalah satu fahaman yang tidak tepat.
Objektif rawatan adalah untuk memastikan kanak kanak tersebut dapat bermain dan aktif seperti biasa. Ibu bapa digalakkan berbincang dengan doktor tentang aspek ini kerana terdapat langkah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan serangan asma akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.
Diari Asma
Ibu bapa disyorkan menyimpan ‘diari asma’ yang digunakan untuk mencatit simptom simptom lelah seperti yang diterangkan oleh doktor yang merawat. Diari asma dapat membantu doktor menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan. Bawalah diairi ini setiap kali temujanji  anda dengan doktor.
Pelan tindakan asthma  – ‘Asthma action plan ‘
Pelan tindakan ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa menegenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak sihat. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Ini kerana rawatan awal yang bermula sebelum anak anak sampai ke klinik atau hospital boleh menyelamatkan nyawa.

Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah dan sedang dalam persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik. Beliau menegaskan bahawa perjalanan ke arah kesihatan yang baik adalah perlu diterajui bersama antara doktor dan pesakit.

Jumaat, 1 Januari 2016

Penyebab Penyakit Asma


Asma adalah penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak- kanak. Tetapi ia boleh dikawal dengan pencegahan dan rawatan pelan yang berbeza mengikut gejala individu .

Antara Penyebab Asma adalah:

1. Alahan Kepada Udara
Walaupun orang normal tidak alah kepada barang-barang ini, mereka boleh mengganggu saluran pernafasan penyakit asma yang sensitif. Antara alahan kepada udara adalah alahan kepada asap rokok, habuk, bau minyak wangi, bau petrol dan sebagainya.

2. Faktor cuaca
Faktor cuaca juga menjadi penyebab kepada penyakit asma bertambah kronik. Sebagai contoh perubahan cuaca yang mendadak/ tiba-tiba, cuaca sejuk.

3. Emosi berlebihan yang tidak dikawal.
Contoh: kemarahan, ketakutan, kegembiraan, ketawa & menjerit

4. Ubat-ubatan. 
Sesetengah ubat juga boleh mencetuskan asma.  
Jika anda sensitif kepada aspirin dan NSAID (nonsteroidal ubat anti -radang) 
Jika anda mengambil ubat-ubatan yang dikenali sebagai penghalang beta - Ubat ini juga boleh membuat asma sukar untuk dikawal.

5. Kitaran Haid Wanita.
Antara penyebab lain asma adalah perubahan dalam kitaran haid wanita.