Rawatan
alternatif yang boleh digunakan :
1) Daun
sirih
Rebus
daun sirih bersama gula batu pekat.Biarkan suam dan minum rebusan berkenaan
dengan segera Sekiranya sakit dada ketika serangan asma, layur daun sirih di
atas api dan tampalkan pada dada.
2) Madu
asli
Amalkan
madu asli, minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi
kanak-kanak kecil , dosnya perlu dikurangkan sedikit iaitu setengah atau satu
sudu teh sahaja.
3) Hati
unta
Dapatkan
hati unta yang telah dikeringkan, potong nipis dan goreng tanpa minyak hingga
menjadi arang. Selepas itu, tumbuk menjadi serbuk, rendam sedikit serbuk dalam
segelas air mendidih, biarkan sejuk atau suam dengan sendirinya sebelu ditapis
dan diminum airnya. Amalkan setiap malam hingga berasa kesannya.
4) Bunga
kecubung
Jemur
beberapa bunga kecubung dan kemudian gulung seperti rokok daun. Pasang api dana
hisap daun kecubung ini.
5) Bawang
putih
Ambil
lima ulas bawang putih dan hiris nipis. Rebus hirisan berkenaan dengan segelas
air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh dan sejukkan dalam suhu
bilik. Apabila sejuk tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkannya pada
setiap pagi selama 10 hari berturut-turut.
6) Daun
pegaga
Keringkan
daun ulam berkenaan , rebus dan minum airnya ketika suam.
7) Daun
ati-ati
Daun
berwarna ungu seperti daun keladi, tetapi bersaiz kecil. Rasanya lembut seperti
baldu. Sebelum tidur , basuh daun ati-ati sehingga lembap dan sapukan ke dada.
Gosok sehingga kering pada dada, amalkan baca AL-FATIHAH atau bacaan doa lain
ketika menggosok.
9) Bawang
merah
Rebus
beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut, kisar dan tapis airnya.
Minum air rebusan ini selama seminggu.
10) Bunga
kenanga
Celur
tiga kuntum bunga kenanga selama lima minit dalam semangkuk air panas. Minum
air ini beberapa kali dalam seminggu.
source:zinniaza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan