Ahad, 24 Januari 2016

Minyak Hati Ikan Kod Penawar Asma




Antara suplemen yang biasa penulis cadangkan pada penghidap asma ialah minyak hati ikan kod (cod liver oil). Pada label biasanya disyorkan 1 sudu besar setiap hari. Namun penulis biasa mengesyorkan pengambilan 1 sudu besar setiap kali diambil 3 kali sehari. Selepas seminggu, ambil 1 sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, ambil sukatan separuh dari sukatan yang disyorkan di atas. Untuk bayi berumur di bawah 2 tahun ambil 1/3 camca teh sahaja.


Tiga komponen utama minyak hati ikan kod ialah minyak omega-3, vitamin A dan vitamin D. Ketiga-tiganya bertindak sebagai agen anti-keradangan yang berkuasa!



Seorang wanita berumur 60-an mengadu kepada penulis apa yang beliau telah mengalami sepanjang hidup. Pelbagai jenis rawatan dan ubat telah beliau jalani dan ambil namun tiada satu pun yang memuaskan. Setelah seminggu mengambil minyak hati ikan kod dengan dos seperti yang penulis syorkan, beliau dapati asmanya semakin reda dan tenaga semakin bertambah.



Selepas beberapa bulan, beliau memberitahu beliau jarang-jarang mengalami serangan asma. Jika mengalaminya pun, tidak seteruk seperti keadaan sebelumnya.



Mengamalkan elimination diet iaitu mengelakkan makanan yang dipercayai atau didapati menyebabkan asma amatlah penting. Ibu bapa mempunyai anak yang menghidap asma diharapkan dapat luangkan masa untuk memerhatikan jenis makanan yang diambil anak.



Makanan terproses bergula tinggi dan mengandungi pewarna tiruan adalah antara punca dipercayai menimbulkan serangan asma. Aiskrim dan air berkarbonat merupakan makanan/minuman utama mengandungi bahan tersebut.



Penulis dapati sebahagian besar kes kanak-kanak yang menghidap asma (ibu bapa mengadu kepada penulis) semakin kurang mengalami serangan asma berikutan mengamalkan elimination diet dan pengambilan minyak hati ikan kod.



Minyak hati ikan kod jenama mana yang paling mujarab? Penulis tidak pernah menjalankan kajian untuk membandingkan jenama mana paling berkesan. Namun penulis percaya ramai yang tahu kewujudan minyak hati ikan kod dengan nelayan memikul seekor ikan besar seperti tertera pada label. Jenama terkenal ini menawarkan dua jenis minyak iaitu yang berwarna putih dan berperisa oren.



Perisa oren amat sesuai untuk semua lapisan umur terutama jika mendapati minyak berwarna putih meloyakan tekak!



Usus bocor (leaky gut) dipercayai antara punca asma. Teori utama yang menerangkan mekanisme usus bocor menyatakan ia berlaku berpunca kerana terdapat bocoran antara sel-sel usus. Ia menyebabkan molekul-molekul bersaiz besar masuk ke dalam tubuh dan seterusnya menimbulkan pelbagai reaksi fisiologi termasuk asma.



Terdapat pelbagai punca dipercayai menyebabkan usus bocor seperti bijirin tertentu misalnya gandum yang dikatakan mengandungi paras gluten yang tinggi. Terlalu kerap mengambil makanan terproses dan makanan/minuman bergula tinggi juga dipercayai sebagai punca.

source: sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan